Home

Khamis, Jun 18, 2015

Tesentak Bagaikan Gugur Jantungku

Aku berdoa agar tibanya Ramadhan ini, semua amalanku diterima Allah,
Aku ingin jadikan Tauhidku kepada Allah lebih dari sesiapa,

Dan semasa solat sunat Tarawih sehingga Witir 1 rakaat terakhir semalam, aku berdoa agar Ramadhan ini aku ingin mendekati Allah, mengasihi-Nya sehinggakan ibu, isteri itu jauh di bawah berbanding Allah.
Namun, tadi, ketika awal aku sampai di pejabat, ketika mana aku rasa agak letih selepas sahur dan berjemaah subuh, aku perlukan rehatkan minda seketika. Dengan menutup mata.

Tanpa aku berfikir apapun.

Dan, kau telah menjelma di dalam mimpiku tadi. Kau menjelma bagaikan bidadari. Sungguh cantik. Sungguh berseri. Yang 1 Ramadhan ini adalah bulan dimana Syaitan/Iblis dirantai dan diikat. Dan kau menjelma dalam mimpi itu.

Aku tersentak. Bahawa aku merasakan yang selama ini aku mencintai dan mengasihi kamu jauh lebih dari sesiapa pun. Dan apabila aku ingin memandang Allah pada bulan mulia ini, pada hari pertama ini. Dia ingin memberitahuku bahawa, didalam benak hati aku, masih kekal kau yang pertama. Dan aku mohon kepadamu DRAW, maafkan aku kerana aku melampaui kemahuanku untukmu.

Aku perlu redha dan mengatakan bahawa masih belum rezekinya Allah memberi peluang kepada kita sepertimana yang kita doa dan azamkan. Dan, pertimbangan yang kita doa dan azamkan kita letak kesemuanya kepada Allah.

Aku sebenarnya ingin mendengar lunak suaramu, untuk menyatakan sendiri ayat yang perlu terpacul dari hujung bibirku. Namun aku tahu, hari ini adalah hari cuti di sana. Dan, tanpa izin Allah juga, aku tidak dapat membuat panggilan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Aku sebenarnya rindu, tapi akan ku usahakan untuk lebih rindukan Allah dari kamu.

Doakan kejayaan ku, dan kejayaanmu sentiasa aku iringi dengan doa.

P/S :
Terima kasih atas ucapan itu, kerana ku tahu kau akan tahu.

Isnin, Jun 08, 2015

Assalammu'alaikum

Indah.. cukup indah

Tahniah di atas kelahiran puterimu

Salam sayang dari aku untuknya