Home

Isnin, Mei 06, 2013

Tentang 'M'

Sebelum aku lupakan fakta-fakta tentang M, baik aku abadikannya di sini. Aku taknak satu hari nanti, diri ini terlupa. Maklumlah, aku dah berusia.

M.
Lelaki yang pernah membuatkan hati aku berdetak hebat pada pertembungan pertama mata kami. Satu perasaan yang sukar dimengertikan. Saat itu, aku tidak kenal siapa M. Dan M jugak jauh sekali untuk mengenali aku. Yang pasti, kami sama-sama rasa debaran itu.

M.
Kehadirannya dalam hidup ini amat menyenangkan. Lapang dada mahupun aku sedar M hanya sekadar pinjaman buat sementara. Yang sekejap itulah aku hargai dan pelihara agar tidak pincang.

M.
Kami hidup dalam realistik. Saling kebergantungan yang sangat tinggi. Sentiasa bersedia untuk kehilangan. Namun kami selesa. Malahan, tidak mengambil masa yang lama untuk kami luahkan perkataan 'sayang' itu.

M.
Dia yang selalu ada saat diperlukan. Mahupun aku tahu yang aku tak memiliki M, tapi aku jarang sekali merasakan kekurangan perhatiannya. 

Terlalu banyak rasanya perkara yang hendak ditulis. Entah kenapa semacam berat. Haish.

M.
Kamu kesayangan. 
Kamu kenangan.
Kamu adalah kamu, yang sebahagiannya ada dalam aku.

'Kita' untuk disimpan. Bukan untuk dibuang.

0 ulasan: