Home

Khamis, Mei 02, 2013

Tentang 'DR'

Ini adalah tentang DR pada kaca mataku..

DIA,
Seorang yang cekal, mampu berdiri atas kaki sendiri.. Mempunyai matlamat yang tinggi walaupun sekejap bersamaku.. Dia seorang yang berirama.. Iramanya sungguh merdu.. Kesabarannaya sangat dalam, sedalam air telaga tujuh.. Mana tidaknya, berani menunggu ku dari pukul 5.00 petang hingga ke 10.00 malam hanya bertemankan novel..

DIA,
Hatinya sungguh kuat, daya tahan badannya sungguh gagah.. Mampu membawa kereta berjam-jam ke utara, selatan, juga pantai timur. Sukar bagi seorang perempuan mampu lakukan sebegitu.. Jelas yang di seorang yang sangat aktif.. Lebih-lebih lagi bersukan..

DIA,
Yang dulunya menanti kata-kataku. Aku suka memberi pandangan ku yang tidak seberapa walaupun aku lebih muda darinya.. Juga seorang yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan.. Aku amat suka dia sebagai dirinya..

DIA,
Cerdik dan bijak orangnya. Berkerja pula menjadi seorang ketua. Walaupun aku hanya orang bawahan, tapi dia tidak memandang darjat.. Aku sentiasa berdoa agar dia dapat mengejar cita-citanya.. Belajar hingga ke menara gading.. Mungkin aku akan memanggilnya Doktor jika dia berusaha ke arah belajar..

DIA,
Sentiasa buat aku ketawa.. Sering juga membuat aku merah menyala.. Dia juga teman muramku.. Tangisan aku selalu dia lihat.. Seorang jejaka biasa-biasa dipujuk oleh seorang yang bijaksana. Indahkan dunia.. Banyak kenangan bersamanya.. Ke hulur kami pernah bersama.. Ke hilir juga..

DIA,
Pujaan hati.

DIA,
Kekasih hati.

DIA,
Pemilik hati.

DIA,
Akan pergi.

AKU,
Akan sentiasa disini.

- M -

0 ulasan: